5 Tip Pengurusan Dapur Kemas yang Mudah, Senang dan Praktikal untuk Ibu Sibuk!

tip urus dapur tip pengurusan masa

Ramai para ibu yang menghabiskan banyak masa di dapur. Keadaan ini akan menyebabkan si ibu keletihan dan tiada masa rehat untuk dirinya sendiri. Akhirnya, ruang dapur yang menjadi tempat berkumpul dan menghabiskan waktu makan bersama menjadi ibarat tongkang pecah dan berselerak.

Siapa yang tidak mahu ruang dapur, ruang tamu, bilik dan rumah keseluruhannya bersih dan kemas betul?

Semoga tip dibawah membantu para ibu-ibu semua di dalam pengurusan dapur yang kemas dan bersih, walaupun setiap hari dapur itu digunakan:

(1) Bersihkan Peralatan sebaik digunakan

Keadaan ini akan menjadikan ruangan memasak tidak terlalu padat dan memudahkan dan menjimatkan masa si ibu.  Bersihkan dan simpan semula di tempatnya. Tidak penuh menyakitkan mata!.

(2) Memasak sambil Mengemas

Ini yang best! Beranganlah sekejap ala-ala Master Chef, sebab ibarat akan ada Chef Juri yang datang melawat cara kita bekerja. Kebersihankan diambil kira?  Hehe.. Siap masak, siap juga berkemas. Jimat Masa!

(3) Kosongkan Ruang

Cuba lihat dalam majalah Dapur atau Impiana dan seumpamanya. Ruang table top kan kosong? Hanya ada beberapa barang sahaja yang diletakkan. Ruang table top yang kosong dan kemas sangat-sangat mempengaruhi mood dan suasana dapur supaya kelihatan bersih dan kemas! Jadi, alihkan barang yang tidak petut berada di situ. Yang penting, jangan letakkan barang yang tidak perlu di atas itu. Sebaliknya, simpan ditempat asalnya. Ia akan kekal kemas!

tip urus dapur

(4) Jangan Tinggalkan Dapur dan Kembali semula

Setiap kali sudah makan bersama ahli keluarga. Jangan biarkan hanya si ibu berseorangan membersihkan itu dan ini. Atau si ibu tinggalkan sekejap dapur dan kembali semula. Kemaskan kesemuanya bersama-sama, dan si ibu boleh rehat tanpa perlu kembali ke dapur untuk mengemas!

(5) Libatkan Ahli Keluarga

Rumahtangga dibina atas dasar kebersamaan. Isteri dan Ibu bukan bibik dan bukan kuli! Kita semua bertanggungjawab menjaga dan memelihara rumah bersama-sama. Suami juga perlu bersama membantu. Samada tolong kemaskan, basuhkan atau apa sahaja yang boleh membantu. Raih pahala dengan cara yang mudah! Latih anak kecil sedari kecil untuk mengemas semula. Kanak-kanak kecil memang biasa dan kerjanya untuk menyepahkan. Tiada masalah, apa yang penting, latih mereka untuk mengemas, insyaallah apabila sudah besar, mereka akan ringan tulang membantu!

Dengan mengamalkan tip ringkas dan mudah ini, kuranglah kerja isteri / ibu. Dapatlah mereka berehat pula! Sama-sama meraih dan merebut pahala di dalam rumahtangga. Ibu gembira, semua gembira!

 

Selamat Mencuba dan Semoga ianya membantu!

Salam Hormat,

Mardiana Mat Ishak

www.SmartSuperwoman.com

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.