TENTANG KAMI

logo 2m-new

 (No. Syarikat: 002134142-U)

Syarikat ini didaftarkan pada 12 Jun 2012 (12.6.12) bersempena 12 Rabiul Awwal tarikh lahirnya insan paling hebat dan berpengaruh dimuka bumi ini. Muhammad Rasulullah SAW.

Usaha kami untuk bergerak di atas trademark MGR (Motivasi Gaya Rasulullah) dibawah syarikat 2M Global Training & Consultancy dengan usaha yang berterusan insyaAllah untuk membuka lembaran Motivator Agung; Muhammad bin Abdullah (SAW ) dengan nafas baharu insyaallah untuk semua lapisan masyarakat serta semua peringkat umur.

 

Latar Belakang Smart Superwoman.com

Smart Superwoman.com bermula tapak dengan lahirnya sebuah buku “SUPERWOMAN” terbitan PTS pada tahun 2012. Ia bertapak dalam talian di http://thesuper-women.blogspot.com/ dan berkongsi tips dan panduan di Facebook SmartSuperwoman.

Pada tanggal 1.12.2014 (Isnin), telah lahirnya website rasmi bagi tujuan ini atas nama  Smart RouTime.com. Kemudian ditukar namanya kepada Smart Superwoman. Smart RouTime dijadikan tajuk modul khas untuk e-Coaching.

Ia menggambarkan fokus kepada “SMART Routine & Time” iaitu pengurusan RUTIN dan MASA yang lebih Bijak, Sistematik dan Praktikal serta sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan wanita dalam pengurusan rumah tangga dan kerjaya. Agar wanita dapat merasai “Happy Balance Life”.

 

Misi & Visi

Smart Superwoman yang merupakan anak syarikat kepada 2M Global Training & Consultancy memberi fokus kepada pembentukan generasi masyarakat yang bermula dari seorang WANITA sebagai seorang individu, anak, isteri, ibu, pemimpin masyarakat dan seterusnya. Motivasi dan didikan yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh wanita menjadi teras dalam perkhidmatan kami. Wanita Bijak dan Cemerlang bukan sahaja di Dunia, tetapi juga di Akhirat sana, insyaAllah.

Oleh yang demikian,  Smart Superwoman berpegang kepada Misi dan Visi berikut:

1. VISI

Superwoman: Super di Dunia, Super di Akhirat, InsyaAllah

2. MISI

  • Membantu suami, isteri dalam menyeimbangkan kehidupan berkeluarga.
  • Membantu suami isteri sebagai ibubapa dalam menyeimbangkan keperluan rohani dan jasmani anak-anak.
  • Membantu para wanita bekerjaya dalam menyeimbangkan antara rumahtangga dan kerjaya mengikut lunas-lunas Islam.
  • Berpegang kepada “peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka” (surah at-Tahrim: 6)
  • Bersama-sama mendapat syurga “al-Firdaus al-‘ala”, bertemu kita semua di sana, insyaAllah.

 

Penasihat / Master Trainer

PTS_1551

Dr. Haji Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri

Master Trainer:

  • Program Latihan Korporat, Leadership, Team Building, Self-Development, Umrah & Ziarah Bermodul.
  • Program Latihan Pelajar, Leadership, Team Building (TOT), Self-Development, Motivasi Pelajar, Backpakers for Life (PREMIUM).

 

Beliau berkelulusan Ph.D  Usuluddin (al-Quran dan Hadith) daripada Universiti Malaya. Beliau juga sebelum itu pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di peringkat Master (MAIRKH Islamic Revealed Knowledge in Hadith) dan peringkat Ijazah (BAIRKH Majoring in Fiqh wa Usulihi & Minoring in Psychology).

Beliau  berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pengendali  sesi kaunseling, mengendalikan lebih dari 500 ceramah keagamaan dalam pelbagai topik dan mengendalikan lebih dari 50 siri program motivasi yang melibatkan para pelajar diperingkat sekolah rendah sehingga Universiti.

Beliau telah mula berjinak-jinak dengan karier dalam bidang pendidikan dan motivasi semasa di universiti sebagai rakan pembimbing untuk para pelajar yang memerlukan khidmat sokongan belajar dibawah SLEU UIA yang dikenali sebagai “peer”. Ketika bergelar seorang pelajar, beliau telah melaksanakan dan menjalankan lebih dari 20 program motivasi di sekitar lembah Klang, Alor Star dan Ipoh. Manakala secara rasmi  menjadi guru GSTT di beberapa buah sekolah sekitar Ipoh diantaranya Sekolah Men. Agama Izzuddin Shah Ipoh (Tingkatan 6), sekolah yang melibatkan pelajar satu Malaysia dengan berbilang bangsa iaitu SRJK( C ) Bercham dan SRJK (T) Kampung Simee.

Setelah itu, beliau juga pernah mengajar di beberapa buah kolej swasta disekitar Lembah Klang seperti British Malaysian Institute (BMI), SEGI College, Stanford College, Olympia College dan International Islamic College (IIC) dengan mengajar matapelajaran Pengajian Islam, Pengajian Malaysia dan Pengajian Moral. Beliau amat disukai oleh pelajar berbangsa Cina dan India diatas gaya persembahan semasa syarahan didalam kelas bahkan mereka sukar untuk tidak menghadiri kelas beliau.

Semasa beliau bertugas di International Islamic College (IIC) beliau telah memegang beberapa jawatan penting disamping tugas hakiki iaitu menjadi kaunselor dan warden kepada pelajar. Beliau aktif dalam sesi kaunseling dan telah melakukan lebih dari 100 sesi dan melaksanakan aktiviti motivasi untuk para pelajar. Setelah itu beliau dianugerahkan Certified Personel  Advancement Skills : Module 4 oleh Cdc.

Setelah itu beliau telah dilatih secara khusus oleh Prof Dr.Noraini Ahmad (Profesor Kaunseling dari UIA) untuk mengendalikan sesi kaunseling seperti Counselling Intervention, Individual  and Group Counseling. Disebabkan cara dan kaedah pengajaran beliau yang disukai oleh pelajar pada tahun 2005 beliau telah  dianugerahkan Best Lecturer Based on TER oleh pihak kolej. Antara kursus training yang pernah dihadiri beliau adalah “KURSUS NEURO LINGUISTIK PROGRAM (NLP)” – PERTENGAHAN anjuran USIM pada tahun 2012 dan 2013.

Semasa berkhidmat di Universiti Malaya beliau begitu aktif menyampaikan pelbagai syarahan kepada para pelajar diantaranya kepada para pelajar kursus jangka pendek dari Sweeden dalam program “Crash Course in Islamic Studies”. Selama dua tahun berturut-turut beliau diamanahkan untuk mengajar subjek Sceinces of Hadith. Beliau turut menyampaikan syarahan berkenaan Islam kepada para pelajar perubatan, kejuruteraan, pelajar asasi sains, pimpinan pelajar, menjadi ahli panel forum perbandingan agama dan memberikan syarahan motivasi kepada para pelajar dikolej-kolej kediaman. Disamping itu juga beliau sering dijemput memberikan syarahan agama di UKM, Uitm dan Usim. Beliau juga terlibat sebagai ahli kongres Profesor Negara dengan mewakili Jabatan al-Quran Hadith UM menghadiri kongres pertama pada tahun 2011. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli panel penilai MQA sejak tahun 2009 sehingga sekarang.

Beliau juga aktif dalam dunia penulisan dimana beliau telah menjadi editor kepada lebih dari 30 buah buku bercorak agama terbitan Pustaka al-Hidayah. Beliau telah menghasilkan sebuah buku bestseller bertajuk “Motivasi Gaya Rasulllah”, apa yang menariknya buku ini telah terjual lebih dari 1000 naskah dalam masa 2 minggu dan telah diulang cetak dalam tempoh sebulan. Buku kedua dan ketiga beliau bertajuk, “Buat Pahala Free Gaya Rasulullah” (PTS 2014), “Dahsyatnya Doa Isteri” (PTS 2014).

Beliau  menulis lebih dari 20 artikel ilmiah yang telah diterbitkan didalam prosiding, buku dan jurnal berwibawa diantaranya ialah dua artikel didalam World Journal of Islamic History and Civilization (WJIHC) IDOSI pada tahun 2012. Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja diseminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa disamping menjadi pembentang jemputan untuk topik-topik khusus dalam seminar-seminar yang dijalankan oleh IPTA. Terbaru pada tahun 2012 adalah di International Conference on Knowledge, Culture and Society (ICKCS) Jiju Korea.

Selain memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai seorang Pensyarah Kanan dan juga sebagai Timbalan Dekan Akademik di Fakulti Quran dan Sunnah USIM, Dr. Hj Mohd Khairul Nizam  juga bergiat aktif dalam program-program komuniti di mana beliau menjadi motivator untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Beliau juga turut memberi ceramah secara berkala di Badan-badan Korporat, syarikat atau pejabat persendirian seperti Security Commission, LHDN dan beberapa Institusi keagamaan yang lain. Diantara program yang beliau adalah program Sinar Mata Hati bersama Prof. Dr. Muhaya Muhammad dan Imam Muda Hassan. Beliau telah membentangkan motivasi bertajuk “Inspirasiku adalah Rasulullah: Celik hatiku keranaMu Rasulullah”. Terkini beliau adalah author di website rasmi MGR  http://motivasigayarasulullah.com/.

Beliau pernah keudara di TV1 (Selamat Pagi Malaysia) dan TV Al-Hijrah untuk slot Inspirasi Buku.

Adalah menjadi salah satu objektif utama beliau untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi agar dapat disalurkan kepada mereka yang berminat untuk membina kecemerlangan diri, masyrakat dan negara.