Meet Mardiana
Assalamualaikum, Hai! Saya Mardiana Mat Ishak. Saya seorang insan biasa. Saya merupakan seorang anak, isteri, ibu kepada tiga orang cahaya mata (buat masa inilah, harap ada rezeki lagi insyaallah..hehe).
Ok, Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Kata orang, tak kenal, maka tak cinta kan? Tiba-tiba sahaja muncul ni, apehal?. Hehehe..
Saya mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Islam Jalan Dato’ Kumbar Alor Setar. Kemudian mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud Alor Setar dari tahun 1996 sehingga 2000. Selepas SPM saya menyambung pengajian di Pusat Matrikulasi UIAM dan Degree serta Master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab.
Dahulu zaman sekolah dipanggil Dena. Sekarang ramai yang memanggil saya Mar, Diana, atau Mardiana. Saya pernah merasai kehidupan yang kelam kabut dan tidak terurus. Saya berkahwin agak awal, diusia 22 tahun. Ketika belum ada anak, ok lagi. Macam best jer dapat kahwin awal ni. Boleh dating dengan suami selalu. Boleh belajar sama-sama dan buat pelbagai aktiviti bersama.
Apabila hadirnya anak sulung, hidup saya sudah menampakkan sedikit keserabutan. Dengan belajar, bekerja, mahu urus rumahtangga dan sebagainya.
Masuk anak no. 2 bertambahlah lagi kekalutan dan keserabutan!. Namun pada masa yang sama, saya mencari “penyelesaian” terhadap apa yang saya alami. Ramai orang saya “temuramah”, banyak buku dan info yang saya baca. Banyak jugaklah kajian yang dibuat! Dan banyak jugaklah try and error berlaku! Hehe..
Alhamdulillah hasil dari kajian yang dibuat, temuramah dan pembacaan, pemerhatian dan penilaian terhadap diri sendiri, saya sudah menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang saya hadapi. Saya happy dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Lebih Sistematik, Praktikal dan Produktif, Alhamdulillah!.
Ramai yang bertanya, bagaimana saya seimbangkan antara keluarga dan kerjaya; dengan bekerja sebagai pensyarah, memasak at least 2 kali sehari, membersihkan rumah agar sentiasa kemas, mengurus dan mendidik anak-anak yang masih kecil, penulis buku dan blog, meyambung pelajaran di peringkat Phd dan membuat side-income, serta menguruskan syarikat keluarga dan tanpa pembantu rumah.
Alhamdulillah.. Saya yakin, setiap wanita akan melalui beberapa fasa yang sama. Saya sedar bahawa, ilmu yang Allah pinjamkan itu tidak sepatutnya saya gunakan hanya untuk diri. Saya faham perasaan wanita yang turut mengalami perkara yang pernah saya alami. Ya, kerana saya mengalaminya sendiri!. Saya faham betapa sukarnya mencari penyelesaian dan bantuan kepada apa yang kita alami.
Justeru, saya mengambil keputusan untuk berkongsi bersama para wanita lain, mudah-mudahan ianya ada manfaat dunia akhirat buat kita semua, insyaAllah. Saya tidak mahu orang lain melakukan kesilapan seperti yang pernah saya lakukan. Sebaliknya menemui jalan penyelesaian terhadap apa yang ingin dilakukan. Semoga ianya membantu.
Bagaimana ia bermula.
Alhamdulillah saya telah kongsikan perkara itu didalam buku kedua saya “Super Woman” (terbitan PTS 2012). Ini adalah BUKU PERTAMA yang memberi panduan satu persatu teknik dan langkah untuk mencapai keseimbangan antara rumahtangga dan kerjaya. Buku ini mempunyai maklumat yang padat tentang isu “Bagaimana mencapai Keseimbangan antara Rumahtangga dan Kerjaya”. Buat semua yang bergelar wanita; wanita bekerjaya, swasta atau kerajaan, WAHM, CEO Rumahtangga (suri rumah) dan sebagainya.
Saya berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita dan kerjaya di dalam blog dan facebook. Selepas mengambil kira untuk memudahkan wanita yang bergelar isteri dan ibu ini mengurus masa dan rumah tangga dari hanya membaca kepada sesuatu yang lebih praktikal.
Maka, terhasillah e-Coaching ini atas nama “Smart RouTime e-Coaching Program”. Ia menjurus kepada praktikal melalui plan tindakan langkah demi langkah supaya dapat membantu para wanita diluar sana dalam mengurus RUTIN dan MASA. Khas untuk mereka yang mahukan perubahan terbaik untuk diri mereka dan keluarga!.
Insyaallah saya sangat komited untuk membantu wanita yang berhadapan dengan masalah RUTIN dan MASA yang SEMPIT agar SEMPAT untuk mereka dapat lakukan apa yang diimpikan dalam hidup. InsyaAllah!
“Jika KEYAKINAN lebih kuat dari KETAKUTAN, insyaallah IMPIAN akan menjadi KENYATAAN!”- Mardiana Mat Ishak