Wanita dan Anak-anakWanita dan Kerjaya

Bahana Ibu Sibuk Berbisnes

By December 14, 2016 No Comments

business mom

Kisah iktibar untuk ibu-ibu yang sibuk 👇

Suatu hari dalam kelas, saya berada di hadapan kelas. Menunggu latihan yang diberikan kepada pelajar untuk disiapkan. Terperasan seorang student ni. Duduk disebelah kiri meja. Muka berkerut memikirkan sesuatu. Tangannya menulis sesuatu. Duduk tak tenang. Macam lipas kepanasan.
Saya bangun dan berjalan melihat hasil kerja latihan yang diberikan kepada pelajar lain. Untuk student ni, saya pandang apa yang dia tulis dari arah belakang. Penuh ditulis satu kertas!
.
“I dunno why i learn this stupid language! I hate this.. i don’t want to learn this..blabla..!
.
Allahuakbar! Macam nak luruh jantung ni!. Macam-macam fikir dalam kepala. “Aku ni tak pandai mengajarkah? Aku ni terukkah? Tapi kenapa sorang ni ja?…macam-macam fikir.
Saya sabar… tarik nafas dalam-dalam…
.
Lepas kelas saya panggil dia. Tanpa pelajar lain.
.
Lebih kurang heart to heart discussion.

Selama dalam kelas, sejujurnya dia agak sukar untuk belajar Bahasa Arab. Mahu baca gabungan huruf menjadi susah. Walaupun dengan baris. Ya, Bahasa Arab mungkin dilihat agak sukar. Tapi sebenarnya, sekalipun kita tiada background agama, kalau kita sudah biasa membaca al-Quran, insyaAllah perkataan arab itu kita boleh sebut dan baca. Ada bersembang beberapa perkara. Apabila disentuh bab al-Quran..

“XXX… saya anggap awak ni macam adik saya.. erk nak kata mak Nampak macam tua sangat..”, saya mengusik. Dia ketawa.

“XXXX, Bila kali terakhir awak baca al-Quran ya?”.

“Dah lama ustazah. Masa awal masuk UIA interview tu je”.

Allah! Pelajar ini ditahun 3. Boleh bayangkan sudah berapa lama kalam Allah ini ditinggalkan? Na’uzubillahiminzalik..

Allah.. bagai luruh jantung saya mendengarnya. Saya hanya menahan sebak didada.

“I love numbers. When it comes into language, it is so hard for me”

Ya, dia student econs. Suka nombor. Sukar baginya untuk absorb perkara yang berkaitan dengan Bahasa.
“Saya faham. Cumanya di UIA ni subjek wajib adalah Arabic. Saya rasa kalau arab ni optional, confirm ramai yang tak nak ambik! Betul?”

Dia gelak.

“Baik XXX, kamu nak score dan exit Arab?”

Angguk.

“so.. the 1st thing yang kamu perlu letak dalam kepala adalah Arabic ni tak susah, tapi senang. Letak, setkan dalam minda dulu”.

“Yang kedua, banyakkan baca al-Quran. Sebab Al-Quran & Bahasa Arab ni memang sangat related. Boleh baca al-Quran, insyaAllah mudah faham dan baca Arabic”.

“Sebab apa XXX, hidup kita ni kalau tanpa al-Quran memang tak ada apa”. Kalam Allah ni kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi yang akan jaga?”

Tunduk angguk.

Lama kami bersembang dan bercerita tentang diri, masa depan dan perihal keluarga terutamanya.

Dipendekkan cerita. Ibubapanya orang Bisnes. Memang sangat busy. Masa kecil, Mak hantar kelas fardhu ain untuk belajar. Tapi dia sendiri yang ngelat lari ponteng kelas. Di rumah ibubapanya sendiri jarang membaca al-Quran. Apatah lagi untuk melihat dan membaca bersama-sama. Apabila usia sudah semakin meningkat. Kesedaran timbul. Anak dihantar belajar ke UIA dengan harapan untuk memperbaiki keadaan.
Hasil dari didikan yang diterimanya, katanya, beliau melihat agama dan subjek yang dia belajar itu berasingan. Pendek kata “Sekular”. Agama, agamalah. Yang lain tiada kaitan.

Saya menghela nafas panjang.. kepala ligat berfikir apa yang perlu diperkata.

“XXX.. it’s ok dengan apa yang kamu terima dari parents. Alhamdulillah, Kamu patut Bersyukur sebab Allah telah pilih kamu untuk belajar di UIA ni. Betapa ramai yang teringin belajar arab dan nak belajar di UIA, tapi tak kesampaian. Maafkan mak ayah kamu. Mungkin mereka terlepas pandang atau tak tahu sebelum ni. Doakan buat mereka. So kamu adalah harapan mak ayah kamu. So kena buktikan. Insyaallah oneday nanti kamu akan jadi somebody. Maybe orang besar di mana-mana company. Kamu akan jadi ayah, suami. Kamu kena bina culture tu. Mula dengan diri sediri. Kalau perubahan itu kamu tak buat sekarang, anak-anak kamu akan mewarisi apa yang kamu tinggalkan. Of course kita semua nak anak yang soleh/solehah yang mendoakan ibubapa kan?… so dengan cara apa nak bagi anak jadi soleh / solehah? Bagi agama, insyaAllah selamat”…

Nampak wajah sayu seorang anak muda. Selepas sesi itu, dalam kelas lainnya, saya nampak ada perubahan demi perubahan. Alhamdulillah sehingga kini dia masih menghubungi saya.
Moga ada sinar harapan baru buat masa depannya kelak insyaAllah.

Rakan-rakan Ibubapa yang budiman,

Kenapa saya ceritakan kisah ini sebagai iktibar? Kisah ini bukan hanya ditujukan buat yang berbisnes sahaja. Tapi sebenarnya adalah untuk semua. Untuk saya terutamanya. Saya tahu, ramai dikalangan kita terdiri daripada orang yang sibuk. Ada yang Bekerjaya hebat, sambung belajar, berbisnes part-time, full-time, dan pelbagai perkara lagi yang dibuat.

Dua perkara penting yang menjadi ingatan buat diri saya sendiri untuk keluarga, anak-anak:

Berikan Masa. Berikan Agama.

MASA:

Tiada apa yang lebih bernilai dan paling berharga dalam hidup seorang anak yang dia mahukan daripada ibubapa; hanyalah MASA bersama mereka. Perkara ini saya sendiri rasai. Sejak sebulan dua ini, saya akui, saya dan suami agak sibuk. Set up company yang masih “bayi”. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Ada satu hari, terkeluar dari mulut anak nombor dua (6 tahun), “Ummi dengan Abi ni asyik work je, tak de masa pun dengan anak-anak!”.

Allah! Tersentap saya dibuatnya. Walhal, kami baru sahaja balik bercuti selama seminggu di Langkawi!. Namun dari apa yang dia cakap, itulah sebuah kejujuran. Tidak sampai hati nak marah. Saya terima sebagai muhasabah.

“Saya tanya kenapa Umayr cakap macam tu, kan kita baru balik Langkawi?, sambil menahan sedih. “Yelah, kita kan dah lama tak pergi jogging!”. Oh saya faham, apa yang dimaksudkannya adalah waktu hujung minggu kami yang selama ini biasanya akan beriadah di Taman Tasik Titiwangsa, di UIA, menaiki basikal, panjat bukit dsb itu dilihat sebagai ‘masa dengan anak-anak’”. Dia rindukan itu!

Bila difikir semula, memang sudah jarang sebab dari tempoh waktu last kami bermain, hujung minggu dipenuhi dengan program sekolah mereka, program Abi, balik kampung, memang lamalah tak pergi. Allah… Saya ceritakan pada suami. “Insyaallah sebab itu kita kena setelakn cepat..lepas ni boleh seperti biasa.. Time Freedom”

AGAMA:

Berikan agama itu bukanlah hanya sekadar hantar kelas mengaji, kelas KAFA. Then tiada follow up dirumah. Agama itu perlu datang seiringan dengan setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan. Main, masak, makan, berjalan etc.. Jadikan rutin solat berjemaah sebagai ‘aktiviti wajib’ dirumah. Adakan setiap hari sesi bersama al-Quran dengan anak-anak. Baca bersama-sama al-Quran dan terjemahan. Bacakan hadis. Berkongsi cerita apa yang berlaku hari ini. Cerita didalam al-Quran dsb.

Allah…sebenarnya, itulah momen terindah yang akan dikenang kelak insyaAllah. Berikan Cinta dan Sayang tanpa Batasan.

Ya Allah… Kau bimbinglah kami dalam mendidik amanahMu ini dengan acuan yang Engkau Redhai…

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

About Mardiana Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Pensyarah, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Penulis Buku. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri" dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam Pengurusan Masa di dalam Rumahtangga dan Kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply