Puding Roti Basah Senang dan Sedap (Moist Bread Pudding)

Moist Bread Pudding (Puding Roti Basah)

Sebelum ini saya pernah beberapa kali mencuba resipi puding roti. Tapi kurang menepati citarasa. Alhamdulillah setakat ini, resipi ini saya suka! Ada sedikit rasa ala-ala caramel juga J. Senang sahaja.

Langkah-langkah :

  1. Roti Gardenia 5-6 keping (yang dipotong 4), Susun di dalam Loyang. Boleh selang selikan dengan taburan kismis @ choc chip @ jagung tin @ jem @ buah laici yang dipotong kecil . Haritu bahan yang saya guna potongan kurma, choc chip dan buah laici sahaja.Tuangkan susu segar (sehingga susu menutupi roti).
  1. Blend:

6 biji telur

1 tin susu cair

¼ susu pekat

3 sudu penuh gula

¼ @ 1/3 butter

Esen vanilla

Kemudian tuangkan  B dalam Loyang A tadi. Balik-balikkan perlahan-lahan.

p/s: Bila sudah tuang di dalam Loyang, campuran bahan roti tadi akan nampak seperti berenang-renang. Jangan risau, Itu sudah ok, tapi kalau rasa nak keras sikit puding roti tu, boleh tambahkan dalam 2 keping roti lagi.

Bakar 40-50 minit, suhu 160 d.c.

Siap.

Kalau rasa nak buat ala-ala chef sikit, boleh buat sos kastad. (yang ini saya hentam sahaja, tapi not bad). Susu segar, gula, esen vanilla, tepung kastad. Sukatan agak-agak sahaja. JMasak dengan api perlahan sehingga agak pekat setakat yang dikehendaki.

Untuk hiasan, tuangkan sos kastad, boleh potong buah strawberry, kiwi, letak daun pudina sehelai. Chewah..nampaklah macam master chef sikit kan.. J Tapi kalau tak ada, itu pun sudah cukup akan membuatkan puding roti licin!.

Sekian, Selamat mencuba J

resepi mudah senang sedap

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.