tip urus rumah tangga, tip rumah kemas, rumah kemas dan bersih

Adakah mustahil untuk rumah bersih dan kemas? Soalan maut untuk yang ada anak kecil. Hehe.. Mesti jawapannya mustahil kan? Sebab pada si ibu,  kanak-kanak kan belajar dari persekitaran? Mereka kan suka dan banyak belajar dari benda yang messy? Bukankah otak mereka itu sedang berkembang? (Ok, untuk menjawab persoalan ini, antara biarkan messy vs disiplin, kita cerita dalam tip ibu bapa cemerlang nanti ya 🙂 )

Sebenarnya tidak mustahil.. Ok, semoga tip mudah dibawah membantu! 🙂

Anda suka melihat dekorasi dan susun atur di IKEA?
Apakah perasaan anda apabila melangkah masuk ke sebuah bilik hotel?
Apakah perasaan anda apabila memasuki rumah “showroom” “showhouse” dimana-mana?

Best kan? Rasa tenang, seronok, gembira dan rasa seperti tak mahu keluar!

tip urus rumah tangga, tip kemas rumah

Sebenarnya, rumah kita yang kita huni sekarang. Baik rumah sewa, rumah baru, rumah lama, banglo, teres, apartment, apa sahaja boleh dijadikan umpama “showroom” itu. Guna apa yang ada. Simple sahaja. Saya akan kongsikan step mudah itu.

Saya letakkan tajuk rumah kemas dan “Nampak” bersih. Nampak je.. hehe.. tapi kalau scan, guna sensor, mesti ada juga habuk yang entah dari mana datangnya itu.

Rumah Sumber Ketenangan

tip urus rumah tangga, tip kemas rumah

Rumah kemas, cantik dan bersih pastinya menjadi harapan setiap individu. Ia adalah fitrah. Salah satu sumber ketenangan. Sepatutnya rumah kita, apabila kita pulang dari tempat kerja, ia akan mengembalikan ketenangan, bukannya menambahkan lagi keserabutan. Inilah antara nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada kita.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah an-Nahl ayat 80,

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا

“Dan Allah jadikan bagimu rumah-rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan)”

Nabi SAW juga suka apabila melihat sesebuah rumah itu luas, dan baginda menganggap perkara itu termasuk kebahagiaan duniawi. Seperti sabdanya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَرْبَعَةٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِئُ، وَأَرْبَعَةٌ مِنَ الشَّقَاءِ : الْمَرْأَةُ السُّوءُ وَالْجَارُ السُّوءُ وَالْمَسْكَنُ الضَّيِّقُ وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” . (hadith riwayat Ibn Hibban, no. 4032(

1 syarat utama untuk rumah kemas dan NAMPAK bersih

Ada 1 syarat utama untuk rumah kemas dan NAMPAK bersih 🙂 . Iaitu ia perlu melibatkan semua ahli keluarga (termasuk isteri, suami dan anak-anak). Kerjasama semua pihak.

rumah 4

 

 

tip urus rumah tangga, tip kemas rumah

Kalau ini boleh dipraktikkan, insyaallah mungkin khidmat bibik pun tidak diperlukan.

Kalau mereka yang mempunyai pembantu rumah pun belum tentu dapat dipastikan seperti mana keadaan rumah yang kita harapkan. Kemas dan bersih sentiasa. Iyalah bibik pun tak menang tangan dia dengan kerja-kerja rumah yang lain. Adakalanya mungkin kita dapati, ada bibik juga seperti tiada. Mengambil bibik dengan harapan, rumah sentiasa bersih dan kemas, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Baik, samada mempunyai bibik atau tidak, langkah ini simple sahaja, insyaAllah akan mendatangkan kebaikan untuk semua.

Apatah lagi bagi mereka yang kedua-dua suami isteri bekerja dan tidak mempunyai pembantu rumah. Namun, insyaallah dengan mengikuti langkah ini, kita lebih berpuas hati.

3 Langkah untuk rumah kemas dan NAMPAK bersih:

Kita memahami situasi kita suami isteri yang bekerja, sibuk dengan urusan tersendiri. Langkah ini juga boleh dipraktikkan bagi surirumah, WAHM dan lain-lain.

Konsepnya mudah. Tidak perlu setiap hari menyapu / vacuum / mop lantai SETIAP HARI. (jenuh juga, rasanya tidak cukup masa dan banyak lagi perkara yang perlu diberi keutamaan apabila pulang ke rumah, iaitu anak-anak). RUMAH KEMAS DAN BERSIH perlu diutamakan, namun janganlah sampai mengabaikan keutamaan yang lebih utama yang lain. Ia boleh dilakukan juga secara tidak langsung dan tanpa perlu meluangkan masa dengan begitu lama.

Ok, untuk memulakan langkah tersebut, boleh mulakan dengan 1 projek besar-besaran.

LANGKAH 1: PROJEK PEMBERSIHAN BESAR-BESARAN

rumah6

 

 

tip urus rumah tangga, tip kemas rumah

Katakanlah sekarang, anda sudah lama tidak “memproses” rumah. Ia boleh dimulakan sekarang. Ia mungkin melibatkan susun atur perabot, barang-barang atau kotak yang bersusun-susun di atas lantai,bilik air yang sejak sekian lama tidak dicuci, barangan di almari yang tidak tersusun, kesan lipas, tahi cicak dan sebagainya. Cuba susun semula, pasti akan ada ruang yang masih boleh disusun barang di dalamnya, pasti akan ada barang yang tidak digunakan lagi.

Jadi, ambil satu hari dihujung minggu untuk memproses rumah habis-habisan, A-Z, mungkin juga berfasa yang kita berpuas hati. Libatkan semua ahli keluarga walaupun anak-anak kecil. insyaAllah ia mampu memberikan mood dan semangat yang baharu. Sayang pada rumah kita.

Tadi sudah selesai proses besar-besaran. Baik, sekarang, apa yang perlu dilakukan hanyalah 2 STEP MUDAH. Iaitu “Kemas” dan “Maintain” .

LANGKAH 2: IKUTI 2 STEP MUDAH

STEP 1: KEMAS

– Libatkan semua ahli keluarga. Termasuk suami, anak-anak. Bermain adalah hak mereka. Namun, boleh dilatih untuk mengemas selepas bermain. Pada saya, kanak-kanak yang dilatih seawal mungkin dengan kebersihan dan kekemasan, akan menjadi habit insyaallah sehingga besar. Apabila besar, insyaAllah lebih mudah.

Walaupun mereka adalah kanak-kanak lelaki. Ilmu kehidupan yang sangat simple untuk sebagai bekal dikemudian hari insyaallah. InsyaAllah jika mereka berada di asrama mungkin. Jika sudah berkeluarga kelak, insyaallah mudahlah juga kerja isteri mereka. Untuk mengatakan, “alah tidak apa, budak-budak lagi”. Jika dibiarkan dan tidak dilatih dari awal, mereka akan terbiasa dengan keadaan bersepah dan tidak berkemas. Bukankah melentur buluh biarlah dari rebungnya?. Jika sudah besar baru hendak disuruh itu dan ini, mungkin agak liat. Wallahu’alam.tip didik anak, tip urus rumah tangga, tip kemas rumah

Tip untuk melatih kanak-kanak dengan kebersihan dan kekemasan:

1- Untuk kanak-kanak dibawah usia 3 tahun, jangan DISURUH kemas, tetapi DIAJAK untuk mengemas. Tunjukkan bagaimana caranya. Mungkin boleh buat pertandingan siapa cepat kemas dahulu dia menang. Usia 4 tahun ke atas baru boleh disuruh. Dan mungkin ibu akan gembira, jika selepas bermain, secara automatic, mereka akan kemas semula!. Kadang-kadang mereka perlu diingatkan juga berulang kali.

2- Menceritakan bahawa betapa syaitan amat sukakan bilik dan tempat yang kotor. Jadi, kita perlu pastikan rumah dan bilik kemas dan bersih supaya syaitan tidak berminat.

3- Pasti kanak-kanak ini sukakan hotel, jadi boleh pancing minat mereka untuk hiaskan, bersihkan dan kemaskan bilik umpama hotel!

Mungkin tip ini berjaya dan mungkin juga tidak untuk yang lain. Tetapi boleh dicuba. Setakat ini, cara ini saya gunakan untuk mereka, dan Alhamdulillah saya nampak kesannya. (Harapnya sampai bila-bilalah hehee..insyaallah)

Si adik lelaki yang 4 tahun ini, saya perhatikan, dia akan kemaskan katilnya terlebih dahulu sejurus bangun daripada tidur, tanpa disuruh. Alhamdulillah. Si ibu pula janganlah terlalu perfectionist. Mereka sudah lakukan itupun sudah cukup baik bagi melatih mereka sedari kecil. Mungkin juga kerana kanak-kanak ini melihat cara ibubapa mereka dan meniru apa yang mereka lakukan. Kalau kita tidak kisah, mereka juga akan membesar dalam suasana yang tidak kisah. Wallahu’alam. Saya masih ingat pesan ibu saya suatu ketika dahulu, “selepas bangun dari tidur, kemaskan katil terlebih dahulu, jangan dibiarkan seperti tempat kucing beranak!”.

Si abang pula, pernah mengajukan soalan, “kenapa perlu kemaskan katil? Kan nanti kita nak tidur lagi?”. Ha betul juga kan. 🙂  Saya jelaskan ia adalah disiplin, Nabi dan Allah juga sukakan kebersihan dan kekemasan. Kata nak bilik macam hotel?

STEP 2: MAINTAIN

rumah8

 

tip kemas rumah, tip urus rumah tangga

Untuk maintain sepanjang minggu, hanya dari pembersihan biasa dihujung minggu sahaja. Kuranglah sedikit penat. Cari masa hujung minggu yang kita tidak kemana-mana untuk proses pembersihan rumah yang biasa-biasa sahaja. Mungkin hanya melibatkan mengemas-mengemas sedikit/vacuum/menyapu/ mop lantai sahaja.

rumah11

tip urus rumah tangga, tip kemas rumah

Untuk Maintain

– Dalam tempoh seminggu itu (hari-hari bekerja), apa yang perlu dilakukan hanyalah MAINTAIN dengan keadaan rumah yang telah dikemas itu.

– Jika ada ternampak rambut-rambut atau sedikit sampah atau habuk, ambil (gunakan penyapu kecil) untuk hilangkan dikawasan itu sahaja. Tidak perlu sehingga satu rumah di “samak”. Hehe.. Ibarat “kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar”. Jadi, rumah sedikit sebanyak akan “Nampak” bersih dalam tempoh seminggu hari bekerja. Masalah utama habuk atau sampah didalam rumah ini kerana rambut, jadi, botakkanlah rambut. Eh, lain pulak.. hehe..sebaiknya sediakan sikat di dalam bilik air dan sikat rambut di bilik air. Sekurang-kurangnya ia membantu untuk “mengurangkan” habuk dan sampah di dalam bilik atau di dalam kawasan rumah. Jika di tandas, hanya perlu membuang rambut yang terkumpul itu sahaja.

– Setiap anggota keluarga perlu memastikan barangan mereka tidak berada di tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, beg apabila pulang, tidak diletakkan di ruang tamu. Sebaliknya, terus disimpan ditempat yang sepatutnya. Iron board simpan/sorokkan di dalam almari atau di celah sudut yang tidak kelihatan, pakaian digantung ditempat yang tidak kelihatan, baju yang sudah dipakai, tidak dilonggokan begitu sahaja sebaliknya, diletakkan di dalam bakul.Elakkan diletakkan di dalam bilik, kerana ia akan menyebabkan bilik berbau tidak enak , buku yang dibaca diletakkan semula ditempatnya, dan lain-lain.

Ilusi dan 3 Kuncitip kemas rumah, tip urus rumah tangga

Sebenarnya, kalau kita perhatikan, “showhouse”, rumah contoh, hotel dan sebagainya, kerana kemas itulah yang menampakkan cantik dan bersih. Tapi kalau discan lantai dan sudut-sudut yang ada, pasti ada juga habuk yang melekat. Kuncinya, tidak ada barang yang tidak sepatutnya berada disitu. Mudah sahaja, apabila ternampak sesuatu barang, tanyakan pada diri, “barang ini perlu berada disini atau sepatutnya dimana ia diletakkan?”.

Untuk rumah kemas dan “nampak” bersih ini bukannya hanya apabila ada tetamu yang akan hadir sahaja. Alasannya kerana malu dan segan. Pedulikan kata orang. Yang penting apa yang kita lakukan itu bukannya untuk orang lain, sebaliknya untuk kita sekeluarga juga.

Kesimpulannya, ingat 2 Step ini:

1. Kemas
2. Maintain

** PENTING! : Pastikan Tidak ada barang yang tidak sepatutnya berada disitu.

p/s: Gambar diatas bukan rumah saya. Salah satu “showhouse” yang kami lawati. Cuba perhatikan dalam gambar, atau majalah Impiana, bukankah nampak bersih dan kemas kerana tidak ada barang yang tidak sepatutnya di situ? 🙂

Walau apapun, ini hanya sekadar cadangan, jika diri kita sesuai dengan cara ini, ok, namun jika diri tidak sesuai, lakukanlah apa yang anda selesa 🙂 . Kita adalah kita dan tidak perlu meletakkan diri kita di tempat orang lain, kerana situasi kita berbeza.

Semoga tip ini membantu mereka yang ingin menjimatkan kos untuk mengupah dan perlu lakukannya sendiri 🙂

Olahan dari buku Super Woman. Mahukan e-Book terbaru dari saya dan dapatkan lebih banyak tip pengurusan rumahtangga dan kerjaya secara PERCUMA?

Ya, Saya Mahu!

Salam Hormat,

Mardiana Mat Ishak

www.SmartSuperwoman.com

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

About Mardiana Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Pensyarah, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Penulis Buku. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri" dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam Pengurusan Masa di dalam Rumahtangga dan Kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply