SENANG JE RUPANYA NAK AJAR ANAK “URUS DUIT” DENGAN BAIK. MAK AYAH WAJIB AJAR ANAK “3 S” NI!

“Anak saya ni duit asyik tak cukup.. Asyik minta je”
.
“Anak saya umur dah 34 pun masih mengharapkan duit saya”
Kawan,
.
Situasi diatas adalah realiti. Luahan itu adalah luahan dari ibubapa. Walaupun anak sudah berumahtangga, bekerja masih mengharapkan duit ibubapa.
.
Yang lepas biarlah berlalu. Perbaiki diri kita sekarang supaya ia tidak berlaku. Apa yang bakal dihadapi oleh anak kita pada masa akan datang tentang apa yang dimaksudkan sebagai “financial freedom” bergantung pada bagaimana kita mengajar mereka tentang cara mengurus wang yang betul sekarang.
.
Setuju tak kalau saya katakan, kebanyakan kita sendiri pun sejak dari kecil tidak ada pendedahan tentang cara urus wang. .
Sebab apa?
.
Biasanya kita diajar untuk setakat simpan wang (menabung). Betul?
.
Iyalah zaman dulu tidak ada maklumat sumber yang banyak seperti sekarang. Kita faham hanya dengan menyimpan dan menabung adalah solusi.
.
What’s next lepas menabung?
.
Simpan kemudian guna? Tunggu duit dapat lepas tu belanja habis?
.
Sebab tu, setiap kali dapat gaji saja habis bayar bil, bayar hutang kereta, bayar hutang PTPTN, bayar hutang loan kawin, bayar bil itu ini kemudian baru simpan.
.
Ramai yang macam ni. Belanja, belanja, belanja kemudian lebihan baru fikir untuk simpan.
.
Hakikatnya cara macam ni salah sebenarnya dalam pengurusan kewangan yang betul.
.
Kebanyakan kita sudah terbiasa dengan metaliti dan cara ini:
.
1) Tunggu subsidi- dapat bonus, dapat alaun etc- habis guna. Sekali dapat, sekali itulah habis.
.
2) Guna dulu baru simpan.
.
3) Tiada simpanan- samada simpanan kecemasan, at least simpanan 6 bulan gaji, investment dll. Kalau ada hanya sedikit yang buat.
.
Saya nak kongsikan kepada ibubapa diluar sana, teknik simpanan khas untuk educate anak-anak tentang “Financial Management” yang saya dapat dari program baru-baru ni (16 Sept 2019). “Little Tauke”- How to spend money wisely.
.
Program yang sangat bagus dan membuka mata kita dan anak. Kita sendiri dapat observe melihat bagaimana habit mereka berbelanja.
.
Majoriti yang hadir adalah Chinese. Melayu hanya 2 family. Saya setuju dengan kenyataan Mr Earnest Tan kata Malay kebanyakannya ketinggalan dalam bab ni.
.
Hopefully anda, saya dan kita semua bakal menjadi ibubapa yang celik tentang perkara ni.
“THE LITTLE TAUKE”
===============
.
Program bermula dengan permainan seakan-akan Board Game “Millionaire”. Tapi sedikit berbeza. Game ni hasil inovatif Mr Earnest Tan sendiri yang berasal dari Singapura dan juga penulis buku.
.
Bila saya nampak 6 Jars ni, saya tanya beliau:
.
“Mr Earnest, apa beza program yang Mr Earnest ni dengan T. Harve dan Robert Kiyosaki?”
.
“Oh, they are my mentors. Tapi focus saya untuk kanak-kanak, mereka untuk orang dewasa.”
.
Lepas sesi “Game” pagi, ada sesi jualan candy, jajan, stickers, pencils etc. Kanak-kanak diberi peluang untuk membeli.
.
Mereka boleh beli menggunakan “duit” yang mereka dapat untuk game tadi. Ada yang tak tahan godaan!
.
Nasib baiklah Uways Umayr firm untuk “menyimpan”. Sebab aim Umayr nak menang hadiah yang kat depan tu. Hahaha.
.
Pemenang dikira dari siapa yang banyak invest (mereka diberikan Bank Statement untuk kita rekod berapa simpanan yang ada sepanjang game berlangsung).
.
Ada juga WOW card sebagai bonus. Duit tambahan yang mereka dapat. Disiplin , Generous etc.
.
Antara soalan yang Umayr dapat, “Adakah anda membantu ibubapa membuang sampah?”, Adakah anda membantu ibubapa mengemas meja selepas makan?”, “Adakah anda bangun awal pagi?”.
.
Semua jawapan jujur perlu diberikan dan endorsement dari ibubapa. Dan pelbagai lagi soalan berkisar rutin harian mereka.
.
Alhamdulillah, Well Done, dapatlah 3 WOW cards!
.
Kemudian ada sesi dengan ibubapa.
.
TEKNIK “3 S” UNTUK AJAR ANAK “FINANCIAL MANAGEMENT”
=================================
Ok saya nak kongsikan 1 benda penting ni.
.
Mungkin ada dikalangan anda sudah biasa dengan 6 Jars System oleh T.Harv Eker. (Ada siapa yan nak tahu?).
.
Tapi untuk permulaan bagi kanak-kanak, boleh start dengan 3 Jars (3 S) ni dulu ok.
.
Secara ringkasnya, ajar mereka setiap kali dapat duit samada dari duit sekolah, duit raya, orang sedekah etc, asingkan ikut 3 bahagian tabung ni.
.
Portion peratusannya adalah (20% : 70% : 10%).
.
Peratusan ni sebagai guideline sahaja. Boleh adjust dimana-mana. Nak lebihkan sedekah ke simpan ke.
.
Ok katakanlah contohnya, duit belanja yang kita bagi adalah RM2 / RM 5 (better duit yang boleh pecah siap-siap):
.
.
1) SAVE – 20%
.
Duit ini untuk kita simpan di bank nanti samada investment etc. Simpan 20% = 40 SEN / RM 1.00
2) SPEND- 70%
.
Duit ni untuk digunakan sebagai duit belanja. Kalau bawak bekal untung dah part ni, boleh simpan atau sedekah lebih sikit. Spend 70%= RM 1.40 SEN / RM 3.50 SEN
3) SHARE- 10%
.
Duit ni untuk kita infaq / sedekah / hadiah etc. Share 10%= 20 SEN / 50 SEN
.
InsyaAllah dengan cara ini, mereka akan belajar bahawa duit yang dapat bukan untuk sekali habis guna. Tapi ada bahagian untuk perkara lain dan untuk orang lain.
.
Kita hanya ikhtiar dan tunjukkan jalan, the rest, kita serah segala urusan kepada Allah ar-Razzaq yang pemberi rezeki dan sentiasa mencukupkan dan menunjukkan jalan.
Harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa diluar sana untuk mendidik anak-anak dengan “Financial Management”.
.
Semoga ada kebaikannya untuk masa depan mereka dunia dan akhirat insyaAllah.
#MardianaMatIshak
#UmiDenaMoments

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.