Wanita dan Anak-anakWanita dan KerjayaWanita dan Rumah Tangga

Surirumahtangga vs Ibu bekerja; Yang Mana Lebih Baik?

By April 2, 2016 No Comments
wanita bekerjaya, surirumahtangga

Membaca artikel yang menceritakan perihal ibu sebagai surirumahtangga yang penuh pahala. Memuji-muji pengorbanan besar mereka. Membawa bukti sirah terdahulu betapa peranan besar mereka melahirkan dan mendidik anak sehingga berjaya.

Saya sebagai ibu yang bekerja, terasa sedikit berkecil hati dan sedih. Seolah-olah ibu yang bekerja ini tidak mementingkan keluarga dan anak-anak. Tiada pahala kerana tiada pengorbanan besar seperti surirumahtangga. Dilihat hanya mementingkan kerjaya. Terus terasa seperti tidak mahu buat apa-apa. Hanya berikan tumpuan kepada suami dan anak-anak sahaja. Kalau hanya itu nilaiannya.
.
Membaca pula artikel yang bercerita perihal ibu bekerja. Memuji betapa besar pengobanan mereka. Menyumbang bakti di luar sana. Ditambah pula ada sirah sahabiah yang dicanang turut bekerja. Banyak pahala untuk mereka.

Saya meletakkan diri sebagai surirumahtangga. Agak sedih dan berkecil hati. Seolah-olah surirumah tiada nilai diri. Hanya kerana tidak menyumbang diluar menabur bakti. Dilihat ibarat katak di bawah tempurung. Hidup hanya berkisar suami dan anak-anak sahaja.

Buat para wanita yang dimuliakan tuhan,

Samada diri kita bergelar sebagai surirumahtangga atau wanita bekerjaya, nilai pahala kecil atau besar bukanlah pada status itu. Alhamdulillah, syukur dan tahniah buat kedua-dua mereka!.

Nilai tingginya martabat kita disisi Allah adalah pada iman dan taqwa. Niat apa yang telah tanamkan dalam setiap gerak geri tindakan kita.

Buat wanita yang bergelar surirumahtangga, usahlah berasa rendah diri. Usah terasa diri tidak dihargai, tiada sumbangan diluar. Menjadi surirumah dan mendidik anak juga sumbangan besar untuk dunia!

Buat wanita yang bergelar wanita bekerjaya. Usah rasa bersalah seandainya diri terpaksa bekerja. Membantu suami ringankan ekonomi keluarga. “Meminjamkan” diri untuk masyarakat. Apa yang penting, kita tidak mengabaikan tanggungjawab utama kita. Tanggungjawab kepada suami dan mendidik anak-anak.

Yang Mana Lebih Baik?

Tiada mana yang lebih baik. Andai dibuat dengan benar, kedua-duanya baik. Baik menjadi wanita bekerjaya. Baik menjadi surirumahtangga.

Samada kita sendiri yang meletakkan perasaan negatif tersebut atau tidak. Samada pandangan orang terhadap kita itu betul atau tidak. Hanya Allah yang akan menilai diri kita. Syaratnya, ia tidak melanggar batasan agama. Ikut panduan Allah dan Rasulnya.

Setiap daripada kita Allah telah meletakkan kita di posisi yang terbaik untuk kita dan keluarga. Setiap keluarga, lain keperluan dan tuntutan kehidupan dan fokus matlamat mereka.

Setiap apa yang kita lakukan, andai diniatkan kerana Allah ta’ala, pasti akan diganjari pahala olehNya. Jadikan setiap apa yang kita lakukan sebagai lubuk menjana pahala. Walau ia sebesar zarah! Ia Pasti!.

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6) فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8

Allah berfirman:”Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka,Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya, Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula” (Al-Zalzalah:6-8)
.
Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini “Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam/berkelompok-kelompok” dengan berkata, “yakni manusia kembali dari tempat hisab masing-masing secara berkelompok-kelompok dan bermacam-macam. Ada yang sengsara,kerana orang ini diperintahkan menuju neraka. Ada pula yang berbahagia, kerana diperintahkan menuju syurga” As-Suddi berkata: “Lafzh ‘أَشْتَاتًا’ ertinya secara bergolong-golongan” [Ad-Durrul Mantsurr (VIII/593)]
.
Kemudian Allah swt berfirman “لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ” yang bermaksud “supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka”, iaitu agar mereka dibalas sesuai dengan amal mereka masing-masing pada waktu didunia. Amal baik dibalas baik, dan amal buruk dibalas buruk”

Kerana itu juga Allah berfirman:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya,Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula”
.
Semoga ayat ini juga menjadi inspirasi buat kita semua:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl : 97)

Sebab itulah apabila saya hadirkan “Superwoman”, ia bukan untuk wanita yang bekerja di luar semata-mata. Wanita yang turut bekerja di rumah (surirumahtangga). Kitalah “Superwoman” itu! Anda tidak keseorangan. Kita bersama-sama menggilap potensi diri, bersama-sama menjana pahala dari ilahi.

Jangan katakan, “Tak apalah tak jadi Superwoman, Supermom pun, yang penting kita gembira..”.

Orang yang bahagia dan Berjaya, adalah mereka yang sentiasa perbaiki diri menjadi yang lebih baik. Kita mahu syurga. Kita mahu berkumpul bersama para ummahatul mukminin, Superwoman yang Allah datangkan kepada kita. Panduan buat kita semua. InsyaAllah kita akan berkumpul bersama mereka!.

“Superwoman” memberi input, strategi, teknik dan formula untuk menggilap potensi diri untuk menjadi wanita yang lebih produktif insyaallah! Belajar “Time Grooming” di dalam dunia moden yang serba mencabar. Ada masa ajar anak sendiri. Ada masa untuk diri, ada masa untuk lakukan apa sahaja. Walau siapapun kita! Apa jua latar belakang kita! Yang penting, tiada pengabaian dalam urusan rumahtangga, suami dan anak-anak.

————————–
Sila isikan nama dan maklumat dibawah untuk dihubungi, untuk Seminar Superwoman akan datang di kawasan lain!

http://bit.ly/MyBookingSuperwoman

Jom jadi sebahagian dari keluarga “Superwoman”:

FB: Smart Superwoman

Salam Sayang,

Mardiana Mat Ishak
Penulis Buku “Superwoman”, Writer, Founderwww.SmartSuperwoman.com

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

About Mardiana Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Pensyarah, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Penulis Buku. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri" dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam Pengurusan Masa di dalam Rumahtangga dan Kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply