seminar otak cantik, otak cerdik

1 Mei 2016 cuti hari Pekerja tempohari. Allah izinkan untuk hadir mengikuti seminar sahabat saya, Dr. Rizal Abu Bakar, Dr. Otak/ Pakar Otak. Sejak kenal beliau di dalam program PSM, kendalian Public Speaking Guru Dato’ Roslan Abd. Hamid. Saya mengamalkan beberapa perkara. Mahu tahu lanjut, saya sertai seminar beliau.

 

otak cantik, otak ce

Otak Cantik

seminar otak cantik, otak cerdik

Otak berlubang-lubang

Tidak disangka rupanya selama ini saya ada masalah yang melibatkan otak!. Dr. Rizal ada buat beberapa aktiviti untuk dijawab. Daripada situ, kita boleh tahu apa masalah otak kita.

OTAK

O- Otak

T- Tidur

A- Aktiviti

K- Kudapan

Otak (Otak Cantik vs Otak Berlubang) adalah bahagian yang sangat penting untuk dijaga. Satu saja kerosakan pada otak akan mempengaruhi peribadi seseorang. Nau’zubillahiminzalik.
Tidur (Tidur)  juga mempengaruhi otak akan mempengaruhi keadaan kesihatan dan kecerdasan otak kita.

Aktiviti harian (Aktiviti) yang kita lakukan turut akan mempengaruhi keadaan kesihatan dan kecerdasan otak kita.

 

Apa yang kita makan (Kudapan)  juga akan mempengaruhi keadaan kesihatan dan kecerdasan otak kita.

Biasanya kita selalu fikir, makan untuk badan. Diet. Hakikat sebenarnya adalah, makan apa yang otak perlu, bukan makan apa yang kita mahu!.

otak6

Otak yang berlubang-lubang boleg diperbaiki menjadi cantik dengan menjaga pemakanan, aktiviti dan tidur.

 

Saya mahu kongsi satu bahagian sahaja. TIDUR. Bab yang paling digemari oleh kebanyakan kita. 🙂

Tips menjaga kecantikan OTAK dan PRODUKTIVITI dengan TIDUR!.

  1. Jangan tidur banyak!

Tidur sepanjang hari, atau tidur separuh hari atau tidur siang ganti tidak tidur malam. Terutamanya pada hari cuti. Tidur cara begini hanya akan menyebabkan otak tidak cergas. Badan semakin lemah.

 

  1. Sentiasa berfikiran positif.

Elakkan berfikiran negatif. Ia akan mengganggu fikiran. Bahkan pasti akan terbawa-bawa. Ia turut mempengaruhi emosi dan kebahagiaan.

 

  1. Jaga waktu tidur.

Tidur yang paling baik adalah antara jam 10-11 malam sehingga 3 /4 pagi. Ia membantu ‘melatonin’ dikeluarkan ke dalam badan untuk mencuci usus. Usus yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kanser usus.

Bab ini selalu diabaikan kebanyakan kita kerana alasan, “kerja office banyak”, “urusan rumahtangga belum selesai”, “layan whatsapp”, “Layan facebook”, dan pelbagai perkara lagi. Hakikatnya, kita yang mengurus atur diri dan hidup kita. Pilihan di tangan kita.

 

  1. Jauhkan sebarang gadget dari tempat tidur.

Offkan handphone. Gelombang HP merbahaya dan mempengaruhi kualiti tidur kita.  Elakkan cahaya sewaktu tidur, walaupun lampu tidur. Tidur dalam gelap gelita. Pastikan juga tidur tanpa penghawa dingin. Jika perlu, pasang awal dan tutup sebelum tidur.

Jika perkara ini tidak berlaku, pasti kita akan mendapat tidur yang tidak berkualiti. Bangun pagi badan rasa tidak bermaya dan tidak bertenaga.

5. Tidur siang hari (Qailullah).

Untuk produktif, mesti amalkan ini. Bukan tidur banyak. Tidur sekejap ini ( Qailullah) yang diajar dan di amalkan baginda Rasulullah SAW. Tidur hanya 27-30 minit qailullah sebelum zohor. Tidur sekejap ini tenaganya bersamaan dengan tidur 3 jam!. Ya Allah.. Amazing! Inilah Sunnah Nabi SAW yang selalu diabaikan.

Tidur Banyak Siang Hari vs Tidur Sekejap Sebelum Zohor (Qailullah)

Tidur banyak di siang hari akan menyebabkan badan semakin letih dan lesu, mengundang malas dan mahu lagi tidur.

Tidur sekejap (Qailullah), akan meningkatkan produktiviti dan kecerdasan otak.

 

6. Makan apa yang badan dan otak perlu.

Untuk malam, pastikan makan 4 jam sebelum tidur. Dalam tempoh ini makanan akan dicerna. Makan apa yang badan dan otak perlu, bukan apa yang kita mahu. Jangan “mentakedrah” ikut nafsu (Sayalah ni dulu.. hehe). Elakkan makanan yang mengandungi simple carbohydrate. Makan makanan yang ada complex carbohydrate. Banyakkan sayuran dan buah-buahan.

 

7. Jangan duduk lebih dari 40 minit.

Jika duduk di hadapan laptop atau sebarang aktiviti yang melibatkan duduk, pastikan tidak duduk lebih 40 minit. Bangun dan berjalan selama 10 minit. Duduk lama otak akan menjadi kurang aktif.

 

Ingin tahu lebih lanjut tentang otak kita? Boleh sertai Seminar Otak Cantik, Otak Cerdik yang akan datang. Ia bukan untuk wanita sahaja. Lelaki juga, apatah lagi kanak-kanak. Penjagaan pemakanan yang bermula dari seseorang yang bernama ibu/isteri.

Insyaallah tak rugi! Boleh buat test apa masalah otak anda. 🙂

Akan datang: JELAJAH PERLIS, SHAH ALAM, JOHOR BAHRU, BANGI

1. Hotel Seri Malaysia Perlis pada 21hb Mei (Sabtu).

2. TTDI Jaya, Shah Alam -22hb Mei (Ahad).

3. Hotel Scholar Inn, UTM, Johor -28hb Mei (Sabtu).

4. MPWS, Bandar Baru Bangi- 29hb Mei (Ahad) .

Bayaran hanya rm150 seorang
untuk program mana mana pilihan tempat
Jam 9.30 pagi – 5.00 petang.

Hubungi segera Cikpuan Ruzita Jaafar 014 548 0888

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

About Mardiana Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Pensyarah, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Penulis Buku. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri" dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam Pengurusan Masa di dalam Rumahtangga dan Kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply