Segan sebenarnya mahu share video ini. Iyalah siapalah saya yang mahu berkongsi tip menghafal sedangkan saya sendiri bukanlah seorang hafizah! Hehe..
Saya dapat lihat perbezaan anak pertama dan kedua (kerana sudah besar dan kita dapat lihat progress mereka). Bukanlah mahu membandingkan antara anak-anak. Setiap anak itu ada kelebihan dan kekuatan masing-masing, kan?.
Namun, dari respon yang saya terima dari guru di sekolah, Subhanallah, Alhamdulillah, pujian hanya untuk Allah!. Saya tidak melihat ianya sebagai gifted. Sebaliknya dari keberkatan dan ‘miracle’ pada al-Quran itu sendiri! MasyaAllah Tabarakallah!
Bagi mereka diluar sana yang masih mempunyai anak kecil, sedang membesar, masih tidak terlambat untuk memulakannya. Insyaallah mereka akan bijak dan cepat belajar sebagaimana kehebatan al-Quran. Sungguh al-Quran itu satu mukjizat yang sangat luar biasa! Allahu Akbar!
Semoga tip ini membantu kita semua. Semoga kita semua mendapat pahala dari usaha kerdil kita mendidik mereka dengan al-Quran. Hanya keredhaan Allah yang kita harapkan!