Ramai ibubapa (yang mementingkan urusan Akhirat & Dunia) mengharapkan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah insyaAllah. Anak yang boleh menghafaz al-Quran, bermanfaat buat ummah, anak soleh yang mendoakan mereka kelak. InsyaAllah…
Namun, Sejauh mana kita berusaha kearah itu?


Saya juga salah seorang daripada ibubapa itu insyaAllah. Namun, sebelum ini saya lebih banyak “memberi alasan” daripada “mencari penyelesaian”. “Tak apalah, ibunya Hafizah”, “oklah ayahnya Hafiz”, “Tak apalah maknya tidak bekerja”, “patutlah anaknya gifted”… “Bolehlah…patutlah…itu dan ini…bla..bla..bla…”.
Kesilapan besar yang telah saya buat sepanjang hidup saya (sehingga saat itu) sebagai seorang ibu adalah “memberi alasan yang saya cipta sendiri!”.

Allahuakbar! Sedangkan saya sendiri berlatar belakang aliran agama!

Astaghfirullah!
Sampai satu tahap, ada satu masa, saya pernah bertanyakan kepada seorang ustaz al-hafiz bangsa Arab ditempat saya mengajar, “boleh tak kalau saya nak minta ustaz ajarkan anak saya al-Quran?”
“Anak awak sudah pandai membaca al-Quran atau belum?”
“Belum lagi”. (Seingat saya waktu itu anak sulung berusia samada 4 atau 5 tahun).
“Kalau begitu, emaknyalah yang lebih patut ajarkan anaknya al-Quran!!”
Allahuakbar!. Waktu itu, terasa seperti tempayan di hayun ke muka! Mahu saja saya lari sembunyikan diri di belakang pintu!. Malu tidak terkira!”. Serius!
Namun, Alhamdulillah, dek kerana “tamparan pedas” itu ia telah mengubah persepsi saya 100% terhadap pendidikan anak dan al-Quran! Malah, hafizah yang mempunyai anak-anak menghafaz al-Quran disekeliling, saya belajar cara mereka.
Alhamdulillah, Allah telah campakkan kesedaran kedalam diri. BERHENTI MEMBERI ALASAN. Sebaliknya “MENCARI ALTERNATIF PENYELESAIAN”.
Untuk anak yang sulung pada perkiraan saya, agak lambat untuk memulakan sesi pengajaran SENDIRI HAFAZAN DAN MEMBACA AL-QURAN kepada anak-anak. Ia bukan persoalan seorang ustaz atau ustazah. Ia persoalan “Apa yang boleh kita lakukan sekadar apa yang kita boleh usahakan”.
Namun, insyaallah…TIADA ISTILAH TERLAMBAT. Malah untuk diri kita sendiri. Alhamdulillah saya menganggap, selagi hayat masih ada, selagi nyawa dikandung badan. Tiada istilah lambat untuk saya mulakannya SEKARANG (pada waktu itu).
Jadi, untuk tuan puan yang mempunyai anak yang masih kecil, boleh terus mulakannya SEKARANG. Walaupun anak tuan puan sudah besar, tetap boleh mulakannya SEKARANG!
We create the Culture for the Future, insyaAllah!
Saya ingin kongsikan perkara ini:
Antara perkara yang saya sedar dan mengharapkan perkara yang sama insyaallah untuk anak generasi kita dalam usaha menjadikan mereka hafiz Al-Quran insyaallah :
1) NIAT
+ Betulkan Niat. Bukan untuk berbangga, bermegah kalau anak hafaz Al-Quran. Apatah lagi kalau ada niat dipuji pandai didik etc..Na’uzubillahiminzalik
2) Faktor Ibubapa.
+ Ibubapa sebagai sekolah pertama anak-anak. Sokongan & usaha yang berterusan dari ibubapa. Kalau masa kecil kita tanamkan semangat hafaz dan cintakan Al-Quran, bagi support, bagi reward + bukan memaksa, luangkan masa untuk ajar & train. At least 5-10min sebagai kita punya “A MUST DAILY ROUTINE”.
3) Faktor Sekolah
+ Ini mungkin kalau sudah masuk peringkat menengah. Kalau ada sekolah rendah yang ada tahfiz, itu satu bonus & kredit.
4) DOA YG BERTERUSAN.WAJIB!
+ Tiada apa yang boleh menghalang hijab doa seorang ibu, insyaAllah! Doakan kesejahteraan mereka, kebaikan dunia dan akhirat buat mereka, doakan mereka supaya membesar sebagai seorang hamba Allah, khalifah yang menghafaz Al-Quran, dan berakhlak dengan akhlak al-Quran. Khalifah Allah yang bermanfaat buat ummah insyaAllah!
Ayuh para ibu, sama-sama kita berusaha untuk memberikan yang terbaik. Kita ibu “Para Ulul Albab” di masa hadapan insyaAllah!
P/S: Ini pandangan peribadi saya based on “kutipan ilmu didik anak hafaz
al-Quran” yang saya temuramah & pembacaan dari mereka yang mempunyai anak hafaz Al-Quran..

Salam Sayang,
Mardiana Mat Ishak

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.