Tips Asing Bilik Tidur Bila Anak Dah Besar

Saya share semula posting yang mendapat 5.7k shares ni Facebook. Tergezut dibuatnya! Mudah-mudahan bermanfaat dan membantu ibu-ibu yang sedang bergadapan dilema yang sama.

=================================

Saya baru berjaya melepasi dilema nak berjaya asingkan anak dari tempat tidur (asing bilik). Pheww..Hanya Allah sahaja yang tahu! 😭
.
Sebenarnya kan..bila berjaya ni, perasaan kejayaan tu tak taulah nak gambarkan macam mana..Haha.
.
Masa zaman hero dua orang sebelum ni, Alhamdulillah ok. Mungkin sebab si abang ada kawan.
.
Masa tu saya mula asingkan (asing bilik) masa diorang umur 1 dan 4 tahun. Kali ni bila anak perempuan sorang ni, rasa kasihan menggunung tinggi 😥. Tak sampai hati.
.
Masa baby asing dalam baby cot, satu bilik. Bila try asing sekarang (asing bilik), meraung satu rumah tengah-tengah malam ketuk pintu bilik abi umi. Sampai menjerit sebut, “Umi Abi tak sayang Sofieyya!”. Huhu..luluh hati mak nak oii…
.
Saya try buat:

1. Deko bilik cantik-cantik dengan cadar & mainan.
.
2. Letak teddy bear dan baby doll sebelah.
.
3. Disebabkan dia suka baby, saya pujuk kata kalau nak baby, kena tidur bilik sendiri, baru boleh jadi kakak. Nanti baby pun nak tidur dengan kakak.
.
(P/S: Of course saya sebut kena doa banyak-banyak kat Allah juga. Kita nak fahamkan dia bahawa sebab kuasa Allah dapat baby, bukan sebab tidur bilik sendiri)
.
4. Acu try pujuk dan puji, dia buat muka derkk saja.
.
5. Beli mainan baru dengan harapan berjaya. Abang-abang dah siap perli dah kata, jangan percayalah ummi, mesti dia tak nak juga. Nanti last-last dia akan ketuk bilik kitaorang juga, kalau kunci pintu, dia panjat tingkap tepi tu.. Hmm.. Takpe, kita try dulu.
.
Apa yang berlaku? Semuanya tak jalan 😭..
.
Sampailah satu hari saya dapat idea. Hasil dari pembacaan dan try and error sejak sekian lama. Berapa lama? Hampir setahun jugaklah kiranya😅
.
Apa yang saya buat?

Saya letakkan 3 Fasa Peralihan:

1- Nak Biasakan dengan suasana bilik sendiri
2- Tidur dibilik berteman.
3- Tidur sendiri

FASA 1:

1. Banyak kali biasakan berada dalam suasana biliknya. Masa nak tidur baca buku dalam bilik. Main & Sembang-sembang.
.
2. Puji kata cantiknya bilik Sofieyya, ummi pun rasa macam nak tidur kat sinilah boleh?

 

FASA 2:

3. Masa Fasa peralihan ni memang akan tidur sekali dengan Sofieyya. Kesian kat abi takdak kawan. Hehe. Kadang-kadang Abi yang teman.
.
4. Ada try bila dia dah tidur sembunyi- sembunyi keluar. Kalau dia tak sedar ok. Tapi kalau sedar jenuh meraung!
.
5. Masa menjerit, mengamuk ketuk pintu, saya dah nak buka pintu. Abi kata tunggu jap tengok apa dia akan buat. Masa tu rasa macam kejam tak sampai hati dengar menangis. 😭
.
Tapi terfikir juga, kalau setiap kali menangis pintu dibuka, bila dia akan belajar tidur sorang? Dia akan belajar “menangis je nanti umi buka pintu juga”. So kami buat diam. nak tengok. Tup tup tak lama lepas tu dia diam. Penatlah tu kot. Hehe
.
6. Rupanya dia pi buka lampu satu rumah! Dia pi masuk bilik abang tidur 😂. Panjat tingkap sebelah dalam. Ya Allah boleh ada idea macam tu!
.
Tak lama lepas tu dah tak ada bunyi menjerit ketuk pintu Abi Ummi dah Alhamdulillah. Tapinya, bilik abang pula jadi port baru. Haha. Sampai satu tahap abang-abang kunci pintu bilik semua. At last, dia give up.
.
7. Saya ada tunjukkan video kanak-kanak sebaya dia yang tidur sorang. Dia inspired! Mungkin bila tengok tu dia nampak diri dia sendirilah kot.
.
Jeng jeng jeng..Part ni nak try bagi tidur sorang-sorang pula…

 

FASA 3:

8. Rutin macam biasa yang sebelum ni. Buang air kecil dan gosok gigi. Tutup lampu. Waktu baring saya cakap, insyaAllah Allah akan jaga kita, jaga Sofieyya bila tidur. Syaitan semua lari bila kita baca doa & steps yang Nabi ajar kan? Dia angguk.

Lepas baca Ayat Kursi, 3 Qul; Qulhuwallahuahad (Al-Ikhlas), Qula’uzubirabbinnas(An-Nas), Qula’uzubirabbilfalaq (al-Falaq),
Baca Doa tidur, tiup tapak tangan dan sapu seluruh badan dari atas kepala sampai kaki.

Saya cium pipi dan dahi & doakan dia. Sambil niat dalam hati, Ya Allah bagilah Sofieyya tidur nyenyak sampai pagi Ya Allah.
.
9. Saya cakap kat Sofieyya, “Sofieyya, ummi keluar 10 MINIT kat library ya, ummi nak baca buku jap, japla

Mardiana ~www.SmartSuperwoman.com~, [14.01.19 15:23]
gi ummi datang balik ok?”.
.
10. Saya tanya bagi dia pilihan “tertutup”, “Sofieyya nak umi buka pintu ke tutup pintu? Sofieyya pilih buka (dah agak dah 😂).

“Sofieyya nak selimut ke tak nak?, Sofieyya pilih selimut. Kiranya bukan soalan, nak tidur bilik umi abi ke bilik Sofieyya? 😆
.
11. Ya, saya set timer 10 minit. Baca buku sikit dan tulis plan to do list untuk esok hari.
.
12. Lepas 10 MINIT, memang saya pergi bilik Sofieyya. Teeeet..Alhamdulillah, dah selamat berlayar dengan nyenyaknya..Alhamdulillah!
.
13. Esok pagi masa nak subuh, nak kejut bangun dan siap untuk sekolah. Saya masuk bilik, buka lampu “Assalamualaikum Sofieyya selamat pagi! Dengan muka happynya saya kata..

“Wahhh…Alhamdulillah tahniah! Sofieyya berjaya tidur sorang-soranglah malam tadi!! Abi pun datang puji dan cium dahi dan pipi dia. Wah bukan main gembiranya muka dia!. Senyum cover malu.
.
14. Masa tu rasa boleh percaya ke ni untuk esok? Yang abang pulak kata, eh betul ke ummi Sofieyya tidur sorang-sorang malam tadi? Alah.. baru satu hari je pun..
.
Umi cover, “Takpelah kan Sofieyya esok insyaAllah Sofieyya tidur lagi sorang-sorang kan? Dia angguk. Muka macam tak percaya dia boleh tidur sorang-sorang. Yeay Sofieyya berjaya!
.
Siap kemas katil dan bilik sendiri. Oklah kemas style dia. Kalau perasan saya selalu sebut, “It’s not about perfect, it’s all about HABIT”.
.
Alhamdulillah.. So far, sampai setakat malam ni (dah hampir seminggu) masih ok. Hehe. InsyaAllah tu, sebab menurut dari apa yang saya baca (tak ingat dah dimana), diorang nak dapat momentum awal tu yang agak mencabar. Bila dah dapat, insyaAllah ok.
.
Anak-anak yang dilatih tidur bilik sendiri ni insyaAllah lebih mature, ada self-confidence dan berdikari. InsyaAllah.
.
Patutlah mat salleh ajar asing bilik sejak kecik lagi. Sebab bila dah besar banyak akai & pandai cakap ni tersangatlaaaaah mencabarnya!.
.
Ada banyak benefits menurut kajian bagi baby yang diasingkan tempat tidur dibilik sendiri seawal 6 bulan atau lebih awal.
.
Antaranya, mereka akan dapat deep sleep yang lebih baik (tidur nyenyak), belajar untuk sabar menunggu apabila menangis sementara ibu/bapa datang, belajar self-control dan menghargai barang peribadi.
.
Amacam mommies, berani nak asingkan baby dibilik lain seawal 6 bulan atau lebih awal? Hehe..
.
Ikutlah kan.. Yang pastinya, jangan sampai sudah masuk umur 7-8 tahun ke atas masih tidur bersama ibubapa.
.
Selamat mencuba!
.
Saya gigih tulis panjang-panjang ni sebab ada yang tanya haritu. Harap membantu ya 😄. Cc. Ummu Uwais Azizah Alia Maisarah
.
#lifeskills
#ummidenamoments
#DrMardianaIshak

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.