Wanita Bekerjaya Wajib Baca Kisah Menyayat Hati Ini Sampai Habis!

Oleh: Mardiana Mat Ishak

(www.SmartSuperwoman.com)

Saya tidak pernah mengenali wanita ini secara peribadi. Namun daripada apa yang telah beliau ceritakan, saya berasa sangat terkesan dan simpati dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Beliau meminta untuk disampaikan kepada orang lain sebagai pengajaran. Saya berikan nama beliau sebagai Makcik Maimun (bukan nama sebenar). Ini adalah dari kisah sebenar.

Impian sebagai Wanita Bekerjaya yang Cemerlang

Makcik Maimun sewaktu zaman mudanya merupakan seorang wanita bekerjaya. Beliau sangat sibuk kerana mahu mendapatkan kenaikan pangkat  dan menambah pendapatan sampingan. Waktu kerjanya sangat padat kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya. Makan minum suami dan anak-anak tidak sangat diambil kisah kerana padanya lebih mudah kerana adanya pembantu rumah. Layanan pada suami pun tidak kisah kerana apabila pulang beliau sering keletihan. Apatah lagi anak-anak yang sedang membesar memerlukan layanan seorang ibu. Kadang-kadang si Ibu ada di rumah, namun ‘tidak wujud’. Dalam urusan agama pula, dek kerana kesibukan, solat ada pasang surutnya, al-Quran juga tidak sempat dibacanya..

ibu sibuk tip urus kerjaya rumah tangga

Hari berganti hari, bulan berganti bulan tahun berganti tahun. Keadaan tetap sama dan tidak berubah. Nasihat suami supaya berikan tumpuan kepada keluarga dan anak-anak yang semakin membesar tidak diendahkan. Yang penting padanya matlamat dan impian dirinya tercapai.

Mana mungkin si suami boleh bertahan dengan sikap si isteri yang tidak mahu berubah. Setiap kali isu fokus pada keluarga dikeluarkan, si isteri akan cepat melenting. Beliau merasakan si suami iri hati dan ingin menghalang beliau dari mencapai impiannya.

Akhirnya kata putus beliau minta. Jalan perpisahan menjadi pilihan terakhir Makcik Maimun. Anak-anak pula mahu dan lebih suka bersama si bapa.

Apa yang KITA PILIH, itulah yang KITA DAPAT.

Kini, Makcik Maimun sudah berusia hampir 60 tahun. Ya memang beliau gembira kerana telah mencapai apa yang telah dihajatinya selama ini menjadi kenyataan. Namun, jauh di sudut hati kecilnya, beliau telah merasakan suatu kehilangan yang sangat besar.. Kalaulah masa dan waktu boleh kembali… ingin beliau perbaiki segala kesilapan diri…Namun, nasi telah menjadi bubur..

Beliau rindukan anak-anaknya…keluarganya…Beliau rindukan bunyi bising anak-anak yang pernah dimarahinya dahulu kerana mengganggu beliau membuat kerja dirumah.. Beliau rindukan suaminya…

tip urus rumah tangga

Apa yang lebih menyedihkan, suaminya pula sudah berkahwin lain dan bahagia bersama isteri serta anak-anak. Anak-anak bahagia bersama bapa dan ibu baharu mereka… Apatah lagi dengan kehadiran cucu penyeri dan penceria suasana..

Beliau menangis ketika kisah ini diceritakan..Itulah detik penyesalan dan kesilapan paling besar yang pernah dilakukan dalam hidup Makcik Maimun..

Pesan Makcik Maimun kepada generasi wanita kini/ ibu-ibu muda..

“Hargailah setiap detik dan waktu bersama suami dan anak-anak… kerana Itulah sumber kebahagiaan yang sebenar”

Ia hanya akan dirasai apabila usia sudah lanjut usia… Orang lain bahagia bersama keluarga tercinta… Dirinya hanya memendam rasa…

wanita bekerjaya tip urus rumah tangga

 

Kisah sebagai Iktibar

Buat para wanita bekerjaya diluar sana/ ibu-ibu muda / ibu-ibu sekalian.. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan pedoman bersama. Adakah kita mengejar impian sehingga mengorbankan keluarga?

Tidak salah menjadi seorang wanita bekerjaya. Apa yang penting untuk bijak dalam mengurus diri, rumah tangga dan kerjaya. Pelajari dan bertanya agar diri tidak sesat jalan. Insyaallah ruang dan peluang itu masih ada dan belum terlambat..

Usah jadikan kisah Makcik Maimun berulang kembali kepada kita. Nau’zubillahiminzalik..

Izinkan saya berkongsi dan membantu  puan yang tidak mahu perkara ini berulang kepada diri, namun pada masa yang sama masih tetap boleh mencapai impian sendiri…. Ayuh sertai keahlian percuma di SmartSuperwoman dengan klik di link ini. Pelbagai info dan panduan akan dikongsi bersama mudah-mudahan ianya membantu para wanita mengemudi kehidupan yang SEIMBANG dengan CEMERLANG! InsyaAllah, Seimbang, Bahagia dan Cemerlang di Dunia dan Akhirat…

Sertai Keahlian PERCUMA Sekarang!

Dapatkan Email dan Tip-tip dari Smart Superwoman Percuma!

Daftar sekarang dan terima emel berkaitan SmartSuperwoman.com terus ke inbox anda!

I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak

Mardiana Mat Ishak merupakan Mantan Pensyarah UIAM, Penulis, Woman's Work Life Balance Coach, Trainer, dan Speaker. Beliau sangat aktif menulis di blog, artikel dan buku tentang Cinta dan Perkahwinan, Wanita dan Kerjaya, Rumahtangga, dan Anak-anak. Antara buku tulisan beliau "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa", "Superwoman", "Dahsyatnya Doa Isteri", "Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga", "20 Tips, Tricks & Truth for Master Ph.D Mommy & Graduate Before Time" (Free Ebook) dan terbaru ebook "Design Your RouTime in 2 Days". Kini beliau membuat e-Coaching untuk wanita yang mahu mempelajari Pelbagai Strategi, Formula, Teknik, Taktik dan Tip yang Sistematik, Praktikal & Produktif dalam mengurus rumahtangga dan kerjaya A-Z di SmartSuperwoman.com untuk menjadi wanita yang lebih produktif!.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.